03-8920 2420
semi@srisgramal.edu.my

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Spm 2023 / 2024

SEKOLAH MENENGAH ISLAM ABIM SUNGAI RAMAL

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Spm 2023 / 2024

SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Spm 2023 / 2024 seperti berikut:

Tarikh: 20 Jun 2024, Khamis,

Masa: 8.30 Malam

Tempat: Dewan Raya, Bangi Golf Resort

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Puan Hjh. Adibah Ahmad manakala ucap utama telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan, Tuan Hj. Mohd Musleh Yunos. Majlis ini adalah untuk meraikan 19 orang alumni SPM 2023/2024.

Selain ucapan dan penyampaian saguhati kepada alumni SPM, penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2023 dan Anugerah Saidatina Aisyah telah diadakan. Anugerah ini telah dirangkul oleh adik Siti Nor Sahira Binti Norikhshan yang mendapat 10A di dalam SPM yang lalu.

Majlis telah diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Aiman Danial Bin Misran dan Muhammad Izzat Fitri Bin Sazali yang merupakan alumni SPM 2023 / 2024 semasa para tetamu menjamu makan malam dan ucapan oleh Siti Nor Sahira Binti Norikhshan yang mewakili alumni SPM 2023 / 2024.

Selamat maju jaya kepada alumni SEMI ABIM Sungai Ramal 2023 / 2024.

Klik di sini untuk menonton majlis tersebut.