03-8920 2420
semi@srisgramal.edu.my

PROGRAM IBADAH KORBAN SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL 1445H

SEKOLAH MENENGAH ISLAM ABIM SUNGAI RAMAL

PROGRAM IBADAH KORBAN SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL 1445H

Alhamdulillah, Program Ibadah Korban SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal, Kajang telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2024 (13 Zulhijjah 1445H) di Dataran Al Hikmah!

Pada program kali ini, sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan dengan penuh semangat gotong-royong oleh guru, staf, ibu bapa, peserta korban dan pelajar sekolah menengah.

Antara aktiviti yang telah dijalankan:
✅ Melapah haiwan korban
✅ Pembahagian daging kepada golongan yang memerlukan
✅ Gotong-royong memasak dan menikmati juadah bersama-sama

Kelebihan melakukan korban:
🌟 Mengikut sunnah Nabi Ibrahim a.s.
🌟 Mendekatkan diri kepada Allah SWT
🌟 Mengukuhkan silaturrahim dalam komuniti
🌟 Membantu golongan yang memerlukan dengan daging korban

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan masa terutamanya pihak KGS, SALWA dan BAKA. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.

#smisgramal #srisgramal #alfatehinspirasiku