03-8920 2420
semi@srisgramal.edu.my

Author: Mohd Syakir Md Yusof

SEKOLAH MENENGAH ISLAM ABIM SUNGAI RAMAL

Ihtifal Kecemerlangan SEMI ABIM Sungai Ramal Kajang

Ihtifal Kecemerlangan SERI ABIM Sungai Ramal Kajang & SEMI ABIM Sungai Ramal Kajang 11hb Februari 2023 ( Sabtu ) 8.30 pagi – 12.30 tengahari Dataran al-Hikmah Perasmi: Yang Berbahagia Encik Mohd Shazni B. Abdullah ( Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia) Moto: Pendidikan al-Hikmah Mengangkat Karamah Insaniah Buku Graduasi: https://mylink.la/bukuihtifal Live: https://www.youtube.com/watch?v=fASUyEtGy4I

TAHNIAH KEPADA Y.A.B DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Y.A.B Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Selamat menjalankan tugas dan amanah demi Malaysia. Ikhlas daripada Lembaga Pengelola Sekolah, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengetua, Guru Besar, BAKA, guru-guru, staf-staf serta warga sekolah.

TAHNIAH MENTERI PENDIDIKAN BAHARU

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Y.B Fadhlina Sidek atas perlantikan sebagai Menteri Pendidikan. Ikhlas daripada Lembaga Pengelola Sekolah, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengetua, Guru Besar, BAKA, guru-guru, staf-staf serta warga sekolah.

Lawatan Pondok Pesantren Diniyyah al-Azhar, Jambi.

Sekolah telah menerima kunjungan daripada siswa Pondok Pesantren Diniyyah al-Azhar, Jambi pada Rabu, 19 Oktober 2022. Mereka dalam rangka Program Praktik Pengabdian bermula 19hb Oktober hingga 1 November 2022 di sekolah. Para tetamu terdiri daripada 14 orang pelajar dan 2 orang guru.Ahlan wa sahlan kepada para tetamu. Klik di sini untuk video majlis sambutan para tetamu.

Pelawat dari Amerika Syarikat dan Kanada

Sekolah telah menerima 3 orang pelawat dari Amerika Syarikat dan Kanada yang merupakan bangsa Uyghur. Selain melawat beberapa kelas, mereka berkongsi kisah tentang keadaan orang Islam yang berbangsa Uyghur di China. #srisgramal #smisgramal #pengantarabangsaan

MOTIVASI GOAL SETTING MISSAK 2022

Unit Kokurikulum SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Sesi Motivasi Goal Setting MISSAK 2022 pada 3hb Oktober 2022 di Dewan KDH. Motivasi telah disampaikan oleh En. Ahmad Nazaruddin B. Omar. #srisgramal #smisgramal

Lawatan daripada Yayasan Arroyyan Cordoba, Indonesia

Sekolah SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal telah menerima lawatan daripada Yayasan Arroyyan Cordoba, Indonesia. Mereka ialah Bapak Ahmad Sugito dan Bapak Anton Hendarjo. Yayasan mereka mengendalikan sekolah-sekolah SDIT/SMPIT/SMAIT CORDOVA. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah sesi taklimat sekolah, demonstrasi pembuatan sabun, pameran inovasi barang kitar semula dan pameran PAK21 sekolah menengah. Semoga lawatan ini akan menjalinkan silaturrahmi di antara…
Read more

Majlis Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan SEMI ABIM Sungai Ramal 2022 / 2023

Majlis Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan SEMI ABIM Sungai Ramal telah dijalankan pada 22hb Julai 2022 ( Jumaat) di Dewan Kolej Dar al-Hikmah. Watikah telah disampaikan oleh Pengetua, Puan Juhaini Binti Saif. Berikut Badan Tertinggi Kepimpinan Sekolah: Ketua Pelajar: Amer Arsyad bin AzaharPenolong Ketua Pelajar: Nurul Syakirah bt. Muhd Nizam Ketua Pengawas BADAR: Muhammad Farish Irfan…
Read more

Bengkel Taktikal Dan Operasi TASKI, SERI Dan SEMI ABIM Sungai Ramal 2023

Seramai 52 orang guru dan staf TASKI, SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Bengkel Taktikal dan Operasi 2023 di Hotel RHR, Kajang bermula 17hb Jun 2022 hingga 19 Jun 2022 yang lalu. Bengkel selama 3 hari ini telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Nazzil Saifuddin Bin Abd. Rahim dan Puan Rohana Kamaruddin…
Read more

CARTA ORGANISASI