03-8920 2420
semi@srisgramal.edu.my

Lawatan dan Penilaian Anugerah Sekolah Hijau 2023 MPKJ

SEKOLAH MENENGAH ISLAM ABIM SUNGAI RAMAL

Lawatan dan Penilaian Anugerah Sekolah Hijau 2023 MPKJ

Seramai 6 orang pegawai MPKj telah mengadakan Lawatan dan Penilaian Anugerah Sekolah Hijau 2023 MPKJ pada Isnin, 20hb. November 2023 bermula pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang.

Mereka telah melawat kawasan sekolah SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal yang telah menyertai pertandingan Anugerah Sekolah Hijau MPkj 2023. Pihak sekolah termasuk para guru dan murid-murid dan pelajar-pelajar yang berkenaan telah membawa mereka ke kawasan seperti Laman Lestari, Taman Sungai Angkat, Saliran ikan, pameran inovasi kitar semula, pameran biodiesel, stesen pengumpulan minyak masak terpakai dan lain-lain lagi.

Semoga lawatan dan penilaian ini akan menambahkan pengetahuan warga sekolah tentang sekolah hijau.