03-8920 2420
semi@srisgramal.edu.my

LAWATAN KE SEKOLAH ANUBAN WANGTHONG, KRABI, THAILAND.

SEKOLAH MENENGAH ISLAM ABIM SUNGAI RAMAL

LAWATAN KE SEKOLAH ANUBAN WANGTHONG, KRABI, THAILAND.

Seramai 60 orang guru dan staf SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal bersama sebahagian pasangan masing-masing telah mengadakan Lawatan ke Sekolah Anuban Wangthong, Krabi, Thailand pada 29 Mei 2024. Rombongan sekolah yang tiba pada waktu tengahari telah disambut dengan meriah oleh mudir sekolah iaitu Ustaz Imron Lilaeh, guru-guru, murid-murid dan pelajar dewasa Sekolah Anuban Wangthong. Beberapa ucapan telah disampaikan oleh Ustaz Imron, Ustaz Nazzil Saifuddin ( CEO sekolah ) dan 2 wakil Sekolah Anuban Wangthong.Lawatan ini merupakan lawatan balas SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal setelah Ustaz Imron melawat sekolah beberapa kali.Rombongan sekolah telah memberi sedikit sumbangan kepada Sekolah Anuban Wangthong. Para rombongan telah dijamu dengan hidangan tengahari masyarakat Melayu Thailand yang sangat lazat. Jamuan ini telah disediakan oleh pelajar-pelajar dewasa Sekolah Anuban Wangthong.Semoga lawatan ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara 2 negara iaitu Malaysia dan Thailand. 

Video lawatan ke Sekolah Anuban Wangthong.