03-8920 2420
semi@srisgramal.edu.my

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH MERIAH

SEKOLAH MENENGAH ISLAM ABIM SUNGAI RAMAL

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH MERIAH

SERI ABIM Sungai Ramal Kajang dan SEMI ABIM Sungai Ramal Kajang telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah seperti maklumat berikut:

Hari / Tarikh: Khamis / 16 Mei 2024
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dataran al-Hikmah

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti berikut:

  1. Perarakan guru dan staf yang mengenakan busana bertemakan Kampung People.
  2. Nyanyian Guru Malaysia & Ikrar Guru ( dipimpin oleh Pn. Rogayah Binti Sebli, Guru Besar SERI ABIM)
  3. Gimik Penyerahan & Bacaan Perutusan Hari Guru 2024
  4. Bacaan Perutusan Hari Guru Yayasan Takmir Pendidikan oleh Puan Pengetua.
  5. Bacaan Perutusan Hari Guru Menteri Pendidikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
  6. Persembahan pelajar SERI dan SEMI.
  7. Penyampaian hadiah oleh murid kepada guru.
  8. Sukan Rakyat ( Permainan Sepak Takraw, Anyam ketupat, Musang Berjanggut, Timbang bulu Ayam, Bowling Kampung dan acara sambut belon menggunakan kain batik )
  9. Penyampaian hadiah Sukan Rakyat.

Tema Hari Guru 2024 ialah Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani.

Sekolah mengucapkan terima kasih kepada murid-murid dan ibu bapa yang menyediakan hadiah kepada guru-guru pada hari ini.

Tonton sambutan secara langsung:
https://www.youtube.com/watch?v=F-kRaCvAVvY