03-8920 2420
semi@srisgramal.edu.my

Lawatan Verifikasi Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS)

SEKOLAH MENENGAH ISLAM ABIM SUNGAI RAMAL

Lawatan Verifikasi Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS)

Lawatan Verifikasi Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) ke SEMI ABIM Sungai Ramal oleh pegawai-pegawai Unit Swasta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah berjalan dengan jayanya pada hari ini, Khamis, 22hb Jun 2023!
Seramai 5 orang pegawai yang terlibat dalam lawatan ini, termasuk En. Ezani B. Yusoff sebagai Ketua, Puan Nor Husna Bt. Habsirun, Puan Norwati Binti Abdul Wahab, En. Mohd Fitri Omar, dan Dr. Azlee Ab. Rahim.

Tujuan SKIPS adalah:

1️⃣ Memastikan IPS mematuhi Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), dasar, dan peraturan pendidikan yang terkini.

2️⃣ Menilai kualiti perkhidmatan pendidikan di Sekolah Menengah Agama.

3️⃣ Panduan dan bimbingan dalam meningkatkan kualiti pengurusan institusi pada masa akan datang.

Setelah lawatan persekitaran dan menyemak fail-fail yang diperlukan, para pegawai memberikan rumusan setiap instrument yang telah disediakan.

Semoga SEMI ABIM Sungai Ramal Kajang mencapai panarafan 5 bintang SKIPS. InshaAllah
Kami mengalu-alukan ibu bapa di kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Putraja dan kawasan berhampiran mendaftarkan anak-anak untuk bersekolah di SEMI ABIM Sungai Ramal pada tahun 2024/25


#smisgramal#SKIPS#PendidikanBerkualiti